Saturday, 8 June 2013

Sedekah,ilmu dan doa - Bahagian 3



عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

~DOA ANAK YANG SOLEH~


Assalamualaikum w.b.t..Bertemu kita kembali dalam artikel sedekah,ilmu dan doa.Pada hari ini,saya ingin kongsikan bahagian ke 3 bagi amalan yang tidak akan putus setelah kita meninggal dunia iaitu Doa Anak Yang Soleh.Apakah definisi bagi anak yang soleh sebenarnya?Apakah anak yang soleh itu anak yang taat kepada ibu bapa?Adakah untuk menjadi anak yang soleh,seseorang itu hanya perlu punyai akhlak yang baik sahaja?Apakah apabila kita menjaga maruah keluarga itu dikira kita ini anak yang soleh?

Untuk pengetahuan semua,anak yang soleh itu adalah anak yang taat perintah Allah serta taat pada perintah kedua ibu bapanya.Akan tetapi,adakah andai ibu bapa suruh berbuat kemungkaran,perlu juga dituruti agar tidak digelar anak derhaka?Apakah kemungkaran itu wajib juga kita turuti?TIDAK!Kerana yang wajib dituruti hanyalah segala perkara yang tidak melanggar syarak.Jadi,adakah jika kedua ibu bapa kita itu pelaku kemungkaran,kita juga perlu jadi seperti mereka?andai kita jadi seperti mereka,apakah doa kita untuk mereka itu digelar doa dari anak yang soleh?

Pelbagai pengajaran telah kita perolehi daripada sirah-sirah yang terdahulu.Antaranya seorang ahli ibadah yang nazak sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah saat kematiannya hanya kerana emaknya berkecil hati atas sikapnya yang melebihkan isterinya berbanding emaknya sendiri.Bila kita mengimbau kembali kisah ini,adakah jika kita ini seorang ahli ibadah,kita digelar anak yang soleh?TIDAK!Andai kita tidak perolehi keredhaan ibu bapa bagaimana kita ingin perolehi keredhaan Allah?

Oleh itu,adakah para pembaca semua sudah tahu,siapakan itu anak yang soleh?Apakah kita ini tergolong dikalangan salah seorang anak yang soleh?Apakah anak yang soleh itu hanya untuk lelaki sahaja?Bagi yang perempuan pula macam mana?Apakah doa mereka langsung tidak diterima?Salah!Penggunaan perkataan SOLEH yang sebenarnya adalah "UNIVERSAL" bagi kedua-dua jantina.

Akhlak yang baik tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu anak yang soleh.Ibu bapa mana yang tidak akan bahagia andai anak-anak mereka menjadi anak-anak yang sangat baik dimata mereka serta dimata masyarakat.Ibu bapa mana yang ingin melihat anak mereka jadi sampah masyarakat?Tetapi,pernahkah kita terfikir,disebalik akhlak seseorang yang baik,berapa ramai yang taat perintah Allah?Contoh termudah adalah,memakai HIJAB atau bahasa mudahnya bertudung dengan sempurna.Apakah kaum hawa zaman sekarang,mentaati perintah Allah yang sangat mudah ini?

Selama ini,kita sering mendengar,golongan yang paling banyak menghuni neraka adalah wanita.Tetapi,mengapa kaum hawa masih lagi tidak sedar akan perkara ini?Pakaian,tudung,ibadah,akhlak dan sebagainya masih lagi tidak dijaga dengan SEMPURNA.Saya ulangi,dengan SEMPURNA.Andai sekalipun ibu bapa tidak kisah dan redha dengan apa yang anda pakai,akan tetapi,apakah Allah redha akan apa yang anda pakai?

Bukan bermaksud kaum lelaki lebih mudah mendapat status anak soleh.Cumanya,Dugaan seorang wanita islam lebih berat berbanding seorang lelaki islam untuk mencapai tahap anak yang soleh.Disebabkan itulah,martabat wanita dalam islam diangkat tinggi.Kerana cabaran mereka untuk menjadi seorang wanita soleh sungguh berat.Andai mereka berjaya menangani cabaran ini,mereka akan digelar muslimah sejati.

Akhir sekali,untuk menjadi anak yang soleh,kita perlulah mendapatkan keredhaan Allah begitu juga keredhaan ibu bapa.INGAT!Unutk mendapatkan keredhaan Allah,seseorang itu perlulah mentaati perintah Allah,bukannya memberi alasan dengan mengatakan "BELUM SAMPAI SERU".Takkanlah kita tidak sayang ibu bapa kita kot?Andai ibu bapa kita meninggal dunia,doa daripada kitalah yang boleh membantu mereka di sana kelak.Dengan syarat,kita tergolong dikalangan orang-orang yang soleh mahupun solehah.

Tamat sudah ketiga-tiga bahagian bagi artikel ini,saya berharap,para pembaca semua mendapat manfaat berdasarkan artikel yang saya kongsikan ini.Segala yang baik itu,datangnya dari Allah manakala segala kekhilafan sepanjang menulis artikel ini,adalah dari saya yang dhoif ini.Hakikatnya,segala-galanya datang daripada Allah.

ASSALAMUALAIKUM.........SELAMAT BERAMAL...........

<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 1 >>
<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 2 >>

Tuesday, 4 June 2013

Sedekah,ilmu dan doa - Bahagian 2


عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

~ILMU YANG BERMANFAAT~

Assalamualaikum,pada hari ini,saya ingin berkongsi amalan kedua yang tidak akan putus setelah ajal menjemput kita iaitu ilmu yang bermanfaat.Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu sebenarnya?Adakah penebar roti canai seorang yang berilmu?Adakah seorang perompak itu seorang yang berilmu?Ataupun seorang kanak-kanak kecil itu seorang yang berilmu?

Bila disebut tentang ilmu,manusia akan berfikir bahawa ilmu itu dapat diperolehi dengan pergi ke sekolah ataupun mendengar ceramah-ceramah agama di masjid.Akan tetapi,ilmu yang sebenar adalah segala perkara baru yang kita tahu dalam kehidupan seharian.

Apabila suatu ilmu itu kita telah pelajari,sama ada ianya bermanfaat ataupun tidak,ianya akan memberi kesan kepada sesiapa yang telah mengajar kita ilmu tersebut.Sebagai contoh,apabila kita belajar menebar roti canai,kemudian,kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita,penebar roti canai tersebut akan perolehi pahala kerana telah mengajar ilmu yang bermanfaat kepada kita.Pahala yang diperolehi pula akan jadi berterusan jika kita pula mengajar orang lain cara menebar roti canai.Tanpa kita sedari,kita juga peroleh pahala atas perbuatan kita.

Tetapi,andai kita pelajari ilmu rompakan,bagaimana pula kesannya kepada mereka yang mengajar kita?Adakah pahala menjadi milik mereka atau dosa menyelubungi hidup mereka?Bagaimana pula jika kita mengajar orang lain ilmu rompakan tersebut?Dan mereka yang belajar daripada kita mengajar orang lain pula?Tidak ke dosa berterusan kita dapat?Adakah kita ingin hidup kita diselubungi dosa berpanjangan?Oleh itu,andai kita telah tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya,kembalilah ke landasan yang sebenar agar kelak kita tidak menganiaya orang lain termasuklah diri kita sendiri.

Jadi,adakah anda faham konsep ilmu?Cara mudah untuk sebarkan ilmu adalah menjadi seorang guru.Akan tetapi,adakah perlu jadi seorang guru disekolah sahaja?Sama sekali tidak!Kerana menjadi seorang guru itu adalah tugas bagi semua umat manusia.Ibu dan ayah,guru kepada anak-anaknya.Seorang sahabat,guru kepada sahabatnya yang lain.Seorang kanak-kanak,guru kepada orang yang lebih dewasa dan sebagainya.

Selain itu,andai anda rasakan artikel pada hari ini,artikel yang bermanfaat buat anda semua,kongsikanlah pada rakan-rakan anda.Sama ada melalui FACEBOOK ataupun sebagainya.Semoga kita semua mendapat manfaat serta pahala atas apa yang kita lakukan.

Pepatah arab ada mengatakan yang bermaksud :

ILMU TANPA AMAL,
IBARAT POHON TIDAK BERBUAH

Oleh itu,selagi anda mampu sebarkan ilmu,sebarkanlah.Sama ada ilmu itu bermanfaat mahupun tidak,keputuasn untuk menyebarkannya terletak pada diri anda sendiri.Andalah yang menentukan siapa diri anda pada masa masa akan datang.Andai,pahala berterusan yang anda cari,sebarlah ilmu yang bermanfaat agar kelak,setelah anda meninggal dunia,pahala yang berterusan menjadi milik anda.

Saya berharap,artikel ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.Salah dan silap,saya pohon andai wujudnya kekurangan dari apa yang saya kongsikan kepada pembaca semua.Semoga Allah berkati kehidupan kita.InsyaAllah.

ASSALAMUALAIKUM............. :-)

<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 1 >>
<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 3 >>