Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca-pembaca semua.Pada hari ini,saya ingin berkongsi satu hadis yang tidak asing lagi bagi kita semua.
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Berdasarkan hadis di atas,dapatlah kita fahami bahawa,setelah Allah menjemput kita kembali kepadanya,kita tetap boleh terus perolehi pahala andai salah satu perkara di atas kita lakukan sebelum meninggal dunia.Ini menunjukkan betapa Allah maha pemurah,bukankah begitu?
~SEDEKAH JARIYAH(WAKAF)~
Apakah itu sedekah?Adakah meletakkan duit 10 sen ke dalam tabung masjid dikira sedekah?Adakah amalan sedekah itu berdasarkan niat kita?
Sedekah atau amal jariyah membawa maksud wakaf iaitu menahan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai(taqarrub)pendekatan diri terhadap Allah S.W.T..Apabila disebut tentang wakaf,skop utama pemikiran manusia ialah mewakafkan sesuatu yang besar seperti masjid,madrasah,tanak perkuburan,Al-quran dan sebagainya.Tetapi apakah itu skop sebenar dalam bersedekah?
Sedekah,adalah amalan menginfakkan harta kita kepada jalan Allah.Tidak kesahlah 10 sen mahupun 1 sen sekalipun,yang penting sedekah itu berdasarkan niat hati kita.Kita tidak perlu mewakafkan sebidang tanah sedangkan kita tahu,kita tidak mampu.Lainlah kalau kita ni orang kaya,mempunyai pelbagai syarikat dan perusahaan,bukan setakat 1 bidang tanah,lebih dari itu kita boleh sedekah serta wakafkan.
Walau apa pun yang kita buat,niat di hati tetap memainkan peranan penting.Seperti 2 contoh di bawah:
1)Pada pandangan masyarakat setempat,Zali merupakan seorang hartawan yang dermawan.Apa yang mereka tidak ketahui,disebalik sifat dermawan Zali,dia seorang yang inginkan balasan bagi setiap perbuatannya.Niatnya selama ini hanyalah ingin mendapatkan jawatan ketua kampung.Sewaktu pemilihan ketua kampung dijalankan,Zali telah mengeluarkan sebilangan hartanya untuk diberi kepada masyarakat kampung tersebut,akan tetap dia telah tewas dalam pemilihan tersebut.Dia berasa marah lantas mengutuk serta menghina masyarakt kampung tersebut dengan mengatakan mereka orang yang tidak kenang budi dan mengharamkan semua pemberiannya terhadap orang kampung.
2)Sewaktu berada di surau untuk memulakan sesi pembacaan Al-quran,Nana teringat bahawa dia terlupa untuk berwudhu`.Dia bangkit lantas meletakkan Al-qurannya di atas sebuat rak dan terus menuju ke tempat berwudu`.Setelah selesai berwudu` dia dapati Al-qurannya telah hilang.Dia berasa sedih dan hiba kerana Al-quran itu merupakan pemberian arwah ibu kepadanya.Dia menceritakan hal itu kepada sahabatnya Salwa."Sabarlah,setiap yang berlaku ada hikmahnya.redhakanlah kehilangan Al-quran itu.Anggaplah seperti awak menginfakkannya,sebab apabila orang lain membacanya atau sesiapa sahaja membacanya,awak akan dapat pahala.andai Allah takdirkan awak menemui Al-quran itu semula,awak akan dapat semula.".Setelah mendengar kata-kata Salwa,hati Nana berada dalam keadaan tenang.
Kedua-dua contoh di atas mempunyai niat yang berbeza bukan?Ada beberapa jenis golongan yang bersedah sebenarnya,antaranya adalah :
1)bersedekah untuk dipuji-puji
2)bersedekah kerana terpaksa
3)bersedekah kerana menunjuk-nunjuk
4)bersedekah tetapi suka menungkit-ungkit
5)bersedekah untuk dapatkan balasan Allah
6)Bersedekah untuk mendapatkan balasan dari manusia
7)bersedekah kerana inginkan balasan Allah dan manusia
8)bersedekah tanpa mengharap balasan apa-apa(IKHLAS)
Persoalannya di sini,kita tergolong dalam golongan yang mana?adakah golongan yang bersedekah secara IKHLAS?Adakah kita yakin apa yang mulut kita kata,hati kita juga berkata perkara yang sama?Tepuk dada,tanyalah Iman kita.Biarlah kita hidup dalam keadaan BERIMAN,dan meninggal juga dalam keadaan begitu.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada hari ini,jangan lupa baca sambungannya dalam artikel yang akan datang.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
No comments:
Post a Comment