Assalamualaikum buat pembaca-pembaca blog TINTA ILMIAH...Saya ingin berkongsi suatu kisah pada zaman dahulu kala.Saya tidak berapa pasti,siapakah yang melaluinya.Cukuplah saya katakan,seseorang telah berubah hanya kerana air dan batu.
"Suatu ketika dahulu,terdapat seorang remaja lelaki yang ingin menambah ilmu pengetahuannya dengan cara menuntut ilmu dengan seorang guru.Bukan setakat dia seorang sahaja ingin mempelajari ilmu,bahkan ada beberapa orang lain yang menuntut ilmu dengan guru yang sama.Perihal tentang remaja lelaki ini,dia merupakan pelajar yang mempunyai daya ingatan terlalu lemah.Sehinggakan tiap baris ayat,tiap ilmu yang dicurahkan oleh sang guru kepadanya,ibarat masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.
Sehinggalah suatu hari,dia rasa sungguh sedih,sedih yang teramat sangat terhadap dirinya.Apa yang dia rasai dalam jiwanya pada ketika itu,hanya dia dan Ilahi sahajalah yang mengetahuinya.Pada hari itu jugalah,dia tidak menghadiri kelasnya malahan dia lari,menyembunyikan diri di dalam sebuah gua.Tatkala berada di dalam gua,dia menangis teresak-esak sehinggalah suatu ketika dia terpandang air menitis sedikit demi sedikit ke atas batu berhampiran dengannya.
Pada awalnya,dia merasakan,apa yang berlaku hanya fenomena alam.Akan tetapi,setelah beberapa ketika dia menyembunyikan diri di dalam gua tersebut,dia melihat kembali kawasan titisan air tadi dan mendapati batu itu semakin melekuk.Ini menimbulkan suatu perasaan aneh di dalam dirinya.
Dia mula berfikir,bagaimana air yang hanya menitis sedikit demi sedikit,boleh melekukkan batu yang besar.Sedangkan jisim air itu lebih ringan berbanding batu tersebut.Setelah itu,dia tersedar.Air tetap berusaha,dan terus berusaha melekukkan batu yang besar,walaupun secara pandangan mata kasarnya,air tidak akan mampu melakukannya dalam masa yang singkat.
Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh dirinya.Sepatutnya dia tidak mudah mengalah,tidak mudah putus asa dalam menuntut ilmu.Walau sesusah mana pun ilmu itu,walau sesukar mana pun untuk mengingatinya,dia perlu berusa ibarat air tersebut.Setelah itu,dia pulang menemui gurunya dan meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.Setelah apa yang berlaku pada dirinya,dia menjadi seorang yang lebih bersemangat serta akan meminta gurunya mengulangi setiap ilmu yang tidak dia fahami serta sukar untuk menghafalnya.Sehinggalah dia menjadi seorang ilmuan yang terkemuka di zamannya."
Begitulah cerpen ringkas tentang dirinya.Bagaimana hanya air dan batu,dapat menjadi guru terbaik bagi manusia.Air mengajar erti sabar serta tidak mudah putus asa kepada kita.Manakala batu,tidak marah,malahan merelakan air melekukkannya ibarat seorang guru yang tidak akan marah apabila kita bertanya tentang apa yang kurang kita fahami.Seorang murid ibarat kapal korek yang ingin mengorek hasil khazanah ilmu dari seorang guru.Manakala seorang guru,ibarat perut bumi,yang mempunyai khazanah yang begitu banyak yang akan beri manfaat kepada pengoreknya.
Quotes untuk semua,
JANGAN RASA DIRI KAMU HEBAT,
KAMU BOLEH MERUBAH DUNIA,
JANGAN MERASA KAMU LEMAH,
KAMU TIDAK BISA MERUBAH DUNIA.
Salam Ukhwah....Gunakan tinta untuk mencoret ilmu...
No comments:
Post a Comment