Tuesday, 14 May 2013

Kasihnya ibu



   "Daim!mari ke sini segera!."pinta ibunya dengan nada yang tegas.Daim tersentak dari lamunan mimpinya apabila namanya dipanggil sebegitu rupa."Emak ni,kacau sahaja Aku nak tidur!."bentak Daim dalam hatinya.Daim bermalas-malasan untuk bangkit dari katilnya itu.Dia terus menuju ke ruang tamu mencari-cari kelibat emaknya.Dengan nada yang lembut,tidak seperti bentakkan yang dilakukan dalam hatinya sebentar tadi,Daim memulakan bicara."Ya emak,ada apa panggil Daim?Daim tengah diulit mimpi,tiba-tiba je emak panggil."katanya.

   "Kau ni apalah nak jadi Daim.Lepas sahaja tamat ijazah dekat universiti,kenapa tidak cari kerja?"emaknya memulakan bicara dengan nada hiba."Kau masih beruntung kerana nyawa emak masih lagi dikandung badan.Kalau di ikutkan hati,emak dah tak larat lagi."rintih emaknya lagi.

   Puan Munirah membesarkan Daim secara bersendirian tanpa bantuan suaminya kerana suaminya menghilangkan diri tanpa khabar berita sewaktu umur Daim hampir mencecah 2 tahun.Mengikut cerita masyarakat setempat,suaminya telah melarikan diri kerana terlibat dengan aktiviti pengeboman beramai-ramai di Jawa Tengah.Mungkin itu kebenarannya atau mungkin terdapat cerita lain disebaliknya.Tiada siapa yang mengetahuinya termasuklah Puan Munirah sendiri.

   Semenjak kecil,Daim dibesarkan tanpa kasih sayang insan bergelar bapa.Apa yang dia tahu,bapanya meninggalkannya serta ibunya tanpa belas kasihan.Puan Munirah pula,setia menunggu suaminya tanpa lelah ataupun jemu.Puan Munirah bekerja sebagai pemungut hasil kebun di kebun Haji Rasyid.Gaji RM350 setiap bulan yang dimilinya,digunakan sebaik mungkin untuk Daim meneruskan sesi persekolahannya.

   Begitulah kasihnya seorang ibu.Tidak pernah merungut atas kesusahannya kerana pada Puan Munirah,Daim harus diberikan kemudahan yang sebaiknya bagi seorang pelajar.

   "Daim bukan tidak mahu kerja emak.Semua kerja yang ada buat masa sekarang,tidak bersesuaian dengan ijazah yang Daim miliki."Daim mengeluarkan alasan yang sama setiap kali Puan Munirah berbica tentang sikapnya yang malas mencari kerja.

   "Kau yang terlalu memilih kerja Daim.Daim,Hidup emak ni tak panjang.Mungkin esok atau lusa,giliran emak menghadap Ilahi.Siapa tahu.Ubahlah sikap malas kau ni Daim."Rintih Puan Amirah.Tanpa disedari,emapangan matanya telah melebihi hadnya.Air mata mulai membasahi dinding pipinya itu.

   "Emak,jangan lah menangis.Maafkan Daim.Emak pun tahukan,lulusan Daim apa.Takkanlah Daim perlu bekerja dengan kerja yang tidak bersesuian dengan kelulusan Daim."Terang Daim kepada emaknya.Daim merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Mara.

   "Terpulang pada kau la Daim,emak dah penat.Tiap-tiap kali emak tanya,kau jawab dengan jawapan yang sama."Puan Munirah mengeluarkan keluhan yang panjang.Setelah itu,Puan Munirah berlalu pergi menuju ke biliknya meningglkan Daim sendirian.

   Dalam keadaan terpinga-pinga,Daim bermonolog dalam hatinya."Kenapalah emak nak risau sangat,aku kan lelaki."kata Daim di dalam hatinya.Setelah itu,Daim mengangkat tubuhnya yang duduk di atas lantai sebentar tadi lalu melabuhkan tubuhnya di atas kerusi kayu berhampiran.

   Selang beberapa minit berlalu,Daim terdengar namanya dipanggil-panggil berulang-ulang kali oleh emaknya."Emak ni!kacau lagi aku nak berehat!"sekali lagi Daim membentak dalam hatinya.Dengan sepantas kilat Daim mencari emaknya.Dengan berpandukan arah suara emaknya yang seolah-olah merintih kesakitan.Daim mencari dan terus mencari hinggalah dia ternampak emaknya di dalam bilik air dalam keadaan kepala emaknya berdarah.

   "Emak!"itu yang mampu Daim ucapkan tatkala terlihat kepala emaknya berlumuran dengan darah.Tatkala itu juga,Puan Munirah pengsan tanpa sedarkan diri.Daim seolah-olah terkena serangan histeria yang berpanjangan.Dia terus berlari menuju ke emaknya sambil memeluk erat emaknya itu.

   "Emak jagan tinggalkan Daim!Daim tak sanggup kehilangan emak!"Jeritnya semahu mungkin.Setelah itu,Daim mengangkat emaknya lalu memacu keretanya ke hospital sepantas yang boleh agar nyawa emaknya boleh diselamatkan.

   Setibanya di hospital emaknya terus dimasukkan ke wad rawatan rapi oleh pihak hospital.Dr. Ari berusaha bertungkus lumus demi menyelamatkan Puan Munirah.Setelah beberapa ketika,Dr. Ari keluar menemui Daim."Daim,banyakkan bersabar."pinta Dr.Ari."Ari!Emak aku macam mana?!Dia ok kan?!tidak ada apa-apa yang berlaku pada dia kan!."tanya Daim secara bertalu-talu tanpa memberi ruang untuk Dr. Ari menjawabnya."Daim,emak kau sudah tiada,kami tidak berjaya selamatkan nyawanya."jelas Dr. Ari.

   Saat itu,jangtung Daim ibarat mahu gugur ke bumi.Jasadnya pula ibarat mahu rebah menyembah bumi.Betapa sedih dan pilu hatinya tatkala mendengar perkhabaran tersebut dari sahabat baiknya itu.Setelah itu,Daim pengsan tidah sedarkan diri.

   Apabila dia sedar,Daim mendapati dirinya telah berada di pejabat Dr. Ari.Setelah itu,Dr. Ari menceritakan hal sebenar kepada Daim.Menurut Dr. Ari,emak Daim sewaktu dihujung nyawanya,dia telah menghidapi barah tahap kritikal.Dr. Ari diminta merahsiakannya daripada sesiapa sahaja terutama sekali Daim kerana Puan Munirah tiadak mahu Daim merasa risau akan keadaannya.

   Setelah mendengar penjelasan Dr. Ari,air mata mula merembes keluar membasahi pipi Daim.Kesedihan yang Daim lalui ketika ini,sungguh memilukan bagi seorang anak yang kehilangan ibu secara tiba-tiba."Patutlah emak selalu mengingatkan aku tentang kematian yang akan datang secara ttiba-tiba."rintih Daim dalam hatinya.

10 tahun berlalu,

   Kini Daim bergelar jutawan muda.Setelah Daim kehilangan emaknya 10 tahun yang lalu,sikap Daim mulai berubah sedikit demi sedikit.Dia mengikuti beberapa jenis program anjuran IKS bagi memantapkan ilmu dalam bidang perniagaan.Untuk 3 tahun yang pertama,Daim telah berjaya membuka syarikatnya secara kecil-kecilan.Syarikatnya menghasilkan produk seperti jem nenas,mee segera dan air botol isotonik.

   2 tahun berikutnya,syarikatnya telah berjaya menembusi pasaran negara serantau sekitar asia seperti Singapura,Indonesia dan Brunei.Sekarang,setelah 10 tahun berlalu,berkat kesungguhannya serta kasih sayangnya kepada ibunya,produk Daim telah berjaya menembusi pasaran Dunia seperti Madinah,Mekah,Perancis dan beberapa negara besar yang lain.

   "Emak,andai emak masih hidup,emak pasti bangga dengan Daim.terima kasih emak."Daim bermonolog di dalam hatinya tatkala dia menziarahi kubur emaknya.Tanpa disedarinya,air mata membasahi pipinya.Kini,Daim bahagia bersama isteri tercinta iaitu Melissa beserta 3 orang anaknya.Walaupun sudah berjaya,Daim tidak pernah lokek untuk bersedekah,serta tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah yang maha kuasa.

~TAMAT~


NUKILAN CERPEN OLEH : TINTA ILMIAH

KASIH IBU,
KASIH SUCI YANG DIBERI TANPA DIPINTA BALASANNYA,
KASIH IBU,
KASIH YANG BERPANJANGAN HINGGA KE SYURGA....

No comments:

Post a Comment