Osman teringat saat pertama kali dia mengenali cikgu kesayangannya iaitu Cikgu Abu.Ketika itu,Osman ketika itu merupakan pelajar tingkatan 5 Baihaqi di Sekolah Menengah Komtar.Cikgu Abu merupakan seorang guru yang telah lewat usianya akan tetapi disebabkan minatnya yang mendalam untuk mengajar,dia tetap terus mengajar walaupun hakikatnya,dia telah pun pencen.Keika itu,Osman merupakan seorang pelajar miskin yang hanya mempunyai ibu serta 5 orang adik.Bapanya telah meninggal sewaktu bekerja sebagai buruh bangunan tatkala mencari rezeki untuk keluarga tercinta.
Osman dimarahi setiap hari oleh Cikgu Abu kerana dia tidak pernah sekalipun menyiapkan kerja sekolahya hampir setengah bulan lamanya.Bila di tanya,mengapa dia tidak pernah menyiapkannya,dia hanya mampu menjawab"Maafkan saya cikgu".Dia menyembunyikan hakikat sebenar daripada gurunya itu kerana dia tidak mahu menjadi bebanan mana-mana pihak dalam menyelesaikan konflik kemiskinan yang dialamikeluarganya itu.
Suatu ketika,terdetik di hati Cikgu Abu untuk mengetahui perkara sebenar tentang apa yang di alami oleh anak muridnya selama ini.Setelah tamat sesi persekolahan pada hari itu,dia telah mengikuti Osman secara senyap sehingga ke rumahnya serta memerhatikan dari jauh aktiviti Osman pada waktu petang."Subhanallah",ucapan itu terpacul dari bibirnya tatkala dia melihat aktiviti pelajar yang selama ini sering dia marahi pada waktu itu.Osman mengangkat ibunya yang uzur akibat serangan strok untuk diletakkan di atas kerusi di luar rumahnya lalu disuapkan ibunya makan.Setelah itu,Osman mengangkat semula ibunya ke atas katil agar ibunya dapat tidur pada petang itu.
Setelah selesai semuanya,Osman keluar bersama adik-adiknya mengutip tin serta besi-besi buruk untuk dijual kepada pembeli bagi mendapatkan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup.Cikgu Abu mengikutinya sepanjang hari.Tidak kira ke mana sahaja dia pergi pasti Cikgu Abu ikut."Ya Allah,ampuni dosaku kerana memarahi pelajarku yang tidak bersalah.Bantu lah aku,untuk membantunya",rintik Cikgu Abu dalam hatinya."Aku akan membantunya serta adik-adiknya bagi meneruskan sesi persekolahan mereka",katanya lagi.
Pada keesokan harinya,Osman terkejut apabila salah seorang rakannya memaklukan bahawa Cikgu Abu ingin berjumpa dengannya di pejabat pada waktu rehat.Pelbagai tanda tanya bermain difikirannya.Apa yang membuatkan dia bertambah risau adalah tatkala Cikgu Abu mengajarnya di kelas tadi,Cikgu Abu tidak memarahinya walau sedikit pun sewaktu dia mengatakan kerja sekolah belum disiapkannya.Dengan lafaz bismillah,Osman melangkah masuk ke bilik Cikgu Abu dengan berbekalkan pelbagai kemungkinan serta persoalan yang bermain di mindanya.
"Osman",Cikgu Abu memulakan madah bicara dengan nada yang tenang."Maafkan cikgu kerana selama ini,cikgu tidak pernah mengambil tahu akan masalah keluarga kamu",katanya lagi."Apa maksud cikgu?",tanya Osman dengan nada yang sedikit terkejut."Cikgu dapat tahu,ibu awak mengalami strok selang beberapa hari bapa awak meninggal.Awak serta adik-adik awak mengutip tin serta besi buruk untuk dijual bagi meneruskan kelangsungan hidup",jawab Cikgu Osman.Deraian air mata mengalir di pipi pelajarnya itu.Osman hanya mampu mendiamkan diri,serta menundukkan kepala tatkala gurunya itu bermadah bicara.
"Osman,ini ada sedikit wang untuk awak dan adik-adik awak,insyaAllah,cikgu akan bantu awak dan adik-adik awak tiap-tiap bulan.Andai ada apa-apa bantuan yang kamu perlukan,terus bagitahu cikgu.Tidak perlu segan silu untuk menyatakannya",kata Cikgu Abu lagi.Osman masih lagi mendiamkan diri,dia takut dia serta adik-adiknya akan menjadi beban buat gurunya itu."Cikgu,maafkan saya,bukan saya ingin menolak pemberian serta bantuan cikgu.Saya faham,niat cikgu baik,tapi saya takut kami menjadi suatu beban buat cikgu.maafkan saya,saya tidak dapat menerimanya",ucap Osman dalam nada yang hiba.
Cikgu Abu mendiamkan diri buat seketika.Suasana biliknya sunyi sepi melainkan hanya ada bunyi kipas sahaja."Osman",Cikgu Abu memulakan bicara semula."Cikgu ikhlas bantu kamu sekeluarga,kerana dahulu,cikgu juga pernah hidup miskin seperti kamu.Seorang guru yang pernah mengajar cikgu,telah membantu cikgu hinggalah cikgu berjaya.Kini,giliran cikgu pula membantu kamu,dengan harapan,kamu juga berjaya seperti cikgu."kata-kata Cikgu abu itu di akhiri dengan senyuman yang terukir pada raut wajahnya.
Sijil Pelajaran Malaysia telah pun berlalu,kini,hari yang dinanti-nanti telah pun tiba.Hari di mana Osman serta rakan-rakannya bakal mengetahui keputusan peperiksaan mereka.Cikgu Abu berjumpa dengannya lalu mengucapkan sebaris ayat iaitu tahniah.Dalam keadaan terpinga-pinga,lantas Osman terus menuju ke pejabat sekolah bagi mendapatkan keputusan peperiksaannya.Osman berasa resah setelah mendapati keputusan peperiksaannya tiada di pejabat.
Secara tiba-tiba suatu pengumuman telah disampaikan oleh juru hebah sekolah.Pengumuman itu meminta agar semua pelajar S.P.M. sesi 2007 ke dewan.Tanpa berlengah,Osman menuju ke dewan dengan perasaan yang dipenuhi tanda tanya di dalam hatinya.Setelah Cikgu Adam selaku pengetua sekolah memberikan ucapan,beliau berkata ingin mengumumkan pelajar S.P.M. terbaik sesi 2007.Semua pejar mendengar ucapan pengetua itu dengan khusyuk kecuali Osman kerana dia musykil serta akalnya diselubungi tanda tanya tentang bagaima keputusan peperiksaannya tiada di pejabat.
"berikan tepukan gemuruh buat pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia sesi 2007 iaitu Osman bin Isa kerana telah berjaya mendapat keputusan 11A keseluruhan bagi mata pelajaran yang di ambil olehnya.Osman merupakan satu-satunya pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan penuh 11A.Di jemput Osman naik ke pentas untuk mengambil slip peperiksaan serta hadiah daripada pihak sekolah",Cikgu Adam berkata kepada para pelajarnya.Dalam keadaan terpinga-pinga serta tekejut,Osman ibarat ingin rebah pengsan ke bumi.Dia tidak terus bangkit untuk mengambilnya kerana dia ingin memastikan kebenaran kata-kata pengetuanya itu."Saya ulangi,di minta saudara Osman bin Isa naik ke atas pentas bagi mengambil slip peperiksaan anda serta hadiah daripada pihak sekolah."tegas Cikgu Adam.
Osman lantas bangun menuju ke pentas bagi mengambil hadiah serta slip peperiksaannya.Tangisan kegembiraan mengalir didinding pipinya.Begitu juga Cikgu Abu.Setelah tamat sesi penyampaian hadiah,Dia terus menuju ke surau untuk melakukan sujud syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan yang telah dikecapinya.Setelah itu,Dia mencari cikgu yang telah banyak membantunya serta keluarganya untuk berterima kasih yang tidak terhingga atas bantuan yang telah diberikan selama ini.
Osman tersedar dari lamunan panjangnya setelah disapa oleh rakan-rakannya yang lain.Kini,dia bergelar seorang guru.Osman mencurahkan khidmatnya di sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Komtar.Dengan berbekalkan semangat Cikgu Abu,Osman tekad untuk merubah nasib remaja sepertinya suatu ketika dahulu.Walaupun Cikgu Abu Telah Meninggal dunia 3 tahun yang lalu,semangat serta tunjuk ajarnya menjadi sumber inspirasi buat Osman sehinggalah sekarang."Terima Kasih Cikgu Abu,Jasamu akan akanku kenang sampai bila-bila."Osman bermonolog di dalam hatinya.Senyuman terukir di bibirnya lalu dia menuju ke kelas untuk teruskan sesi mengajarnya.
CORETAN CERPEN OLEH : Tinta Ilmiah
SELAMAT HARI GURU
2013 BUAT SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA
No comments:
Post a Comment