Saturday, 8 June 2013

Sedekah,ilmu dan doa - Bahagian 3



عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

~DOA ANAK YANG SOLEH~


Assalamualaikum w.b.t..Bertemu kita kembali dalam artikel sedekah,ilmu dan doa.Pada hari ini,saya ingin kongsikan bahagian ke 3 bagi amalan yang tidak akan putus setelah kita meninggal dunia iaitu Doa Anak Yang Soleh.Apakah definisi bagi anak yang soleh sebenarnya?Apakah anak yang soleh itu anak yang taat kepada ibu bapa?Adakah untuk menjadi anak yang soleh,seseorang itu hanya perlu punyai akhlak yang baik sahaja?Apakah apabila kita menjaga maruah keluarga itu dikira kita ini anak yang soleh?

Untuk pengetahuan semua,anak yang soleh itu adalah anak yang taat perintah Allah serta taat pada perintah kedua ibu bapanya.Akan tetapi,adakah andai ibu bapa suruh berbuat kemungkaran,perlu juga dituruti agar tidak digelar anak derhaka?Apakah kemungkaran itu wajib juga kita turuti?TIDAK!Kerana yang wajib dituruti hanyalah segala perkara yang tidak melanggar syarak.Jadi,adakah jika kedua ibu bapa kita itu pelaku kemungkaran,kita juga perlu jadi seperti mereka?andai kita jadi seperti mereka,apakah doa kita untuk mereka itu digelar doa dari anak yang soleh?

Pelbagai pengajaran telah kita perolehi daripada sirah-sirah yang terdahulu.Antaranya seorang ahli ibadah yang nazak sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah saat kematiannya hanya kerana emaknya berkecil hati atas sikapnya yang melebihkan isterinya berbanding emaknya sendiri.Bila kita mengimbau kembali kisah ini,adakah jika kita ini seorang ahli ibadah,kita digelar anak yang soleh?TIDAK!Andai kita tidak perolehi keredhaan ibu bapa bagaimana kita ingin perolehi keredhaan Allah?

Oleh itu,adakah para pembaca semua sudah tahu,siapakan itu anak yang soleh?Apakah kita ini tergolong dikalangan salah seorang anak yang soleh?Apakah anak yang soleh itu hanya untuk lelaki sahaja?Bagi yang perempuan pula macam mana?Apakah doa mereka langsung tidak diterima?Salah!Penggunaan perkataan SOLEH yang sebenarnya adalah "UNIVERSAL" bagi kedua-dua jantina.

Akhlak yang baik tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu anak yang soleh.Ibu bapa mana yang tidak akan bahagia andai anak-anak mereka menjadi anak-anak yang sangat baik dimata mereka serta dimata masyarakat.Ibu bapa mana yang ingin melihat anak mereka jadi sampah masyarakat?Tetapi,pernahkah kita terfikir,disebalik akhlak seseorang yang baik,berapa ramai yang taat perintah Allah?Contoh termudah adalah,memakai HIJAB atau bahasa mudahnya bertudung dengan sempurna.Apakah kaum hawa zaman sekarang,mentaati perintah Allah yang sangat mudah ini?

Selama ini,kita sering mendengar,golongan yang paling banyak menghuni neraka adalah wanita.Tetapi,mengapa kaum hawa masih lagi tidak sedar akan perkara ini?Pakaian,tudung,ibadah,akhlak dan sebagainya masih lagi tidak dijaga dengan SEMPURNA.Saya ulangi,dengan SEMPURNA.Andai sekalipun ibu bapa tidak kisah dan redha dengan apa yang anda pakai,akan tetapi,apakah Allah redha akan apa yang anda pakai?

Bukan bermaksud kaum lelaki lebih mudah mendapat status anak soleh.Cumanya,Dugaan seorang wanita islam lebih berat berbanding seorang lelaki islam untuk mencapai tahap anak yang soleh.Disebabkan itulah,martabat wanita dalam islam diangkat tinggi.Kerana cabaran mereka untuk menjadi seorang wanita soleh sungguh berat.Andai mereka berjaya menangani cabaran ini,mereka akan digelar muslimah sejati.

Akhir sekali,untuk menjadi anak yang soleh,kita perlulah mendapatkan keredhaan Allah begitu juga keredhaan ibu bapa.INGAT!Unutk mendapatkan keredhaan Allah,seseorang itu perlulah mentaati perintah Allah,bukannya memberi alasan dengan mengatakan "BELUM SAMPAI SERU".Takkanlah kita tidak sayang ibu bapa kita kot?Andai ibu bapa kita meninggal dunia,doa daripada kitalah yang boleh membantu mereka di sana kelak.Dengan syarat,kita tergolong dikalangan orang-orang yang soleh mahupun solehah.

Tamat sudah ketiga-tiga bahagian bagi artikel ini,saya berharap,para pembaca semua mendapat manfaat berdasarkan artikel yang saya kongsikan ini.Segala yang baik itu,datangnya dari Allah manakala segala kekhilafan sepanjang menulis artikel ini,adalah dari saya yang dhoif ini.Hakikatnya,segala-galanya datang daripada Allah.

ASSALAMUALAIKUM.........SELAMAT BERAMAL...........

<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 1 >>
<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 2 >>

No comments:

Post a Comment