Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, 8 June 2013

Sedekah,ilmu dan doa - Bahagian 3



عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

~DOA ANAK YANG SOLEH~


Assalamualaikum w.b.t..Bertemu kita kembali dalam artikel sedekah,ilmu dan doa.Pada hari ini,saya ingin kongsikan bahagian ke 3 bagi amalan yang tidak akan putus setelah kita meninggal dunia iaitu Doa Anak Yang Soleh.Apakah definisi bagi anak yang soleh sebenarnya?Apakah anak yang soleh itu anak yang taat kepada ibu bapa?Adakah untuk menjadi anak yang soleh,seseorang itu hanya perlu punyai akhlak yang baik sahaja?Apakah apabila kita menjaga maruah keluarga itu dikira kita ini anak yang soleh?

Untuk pengetahuan semua,anak yang soleh itu adalah anak yang taat perintah Allah serta taat pada perintah kedua ibu bapanya.Akan tetapi,adakah andai ibu bapa suruh berbuat kemungkaran,perlu juga dituruti agar tidak digelar anak derhaka?Apakah kemungkaran itu wajib juga kita turuti?TIDAK!Kerana yang wajib dituruti hanyalah segala perkara yang tidak melanggar syarak.Jadi,adakah jika kedua ibu bapa kita itu pelaku kemungkaran,kita juga perlu jadi seperti mereka?andai kita jadi seperti mereka,apakah doa kita untuk mereka itu digelar doa dari anak yang soleh?

Pelbagai pengajaran telah kita perolehi daripada sirah-sirah yang terdahulu.Antaranya seorang ahli ibadah yang nazak sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah saat kematiannya hanya kerana emaknya berkecil hati atas sikapnya yang melebihkan isterinya berbanding emaknya sendiri.Bila kita mengimbau kembali kisah ini,adakah jika kita ini seorang ahli ibadah,kita digelar anak yang soleh?TIDAK!Andai kita tidak perolehi keredhaan ibu bapa bagaimana kita ingin perolehi keredhaan Allah?

Oleh itu,adakah para pembaca semua sudah tahu,siapakan itu anak yang soleh?Apakah kita ini tergolong dikalangan salah seorang anak yang soleh?Apakah anak yang soleh itu hanya untuk lelaki sahaja?Bagi yang perempuan pula macam mana?Apakah doa mereka langsung tidak diterima?Salah!Penggunaan perkataan SOLEH yang sebenarnya adalah "UNIVERSAL" bagi kedua-dua jantina.

Akhlak yang baik tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu anak yang soleh.Ibu bapa mana yang tidak akan bahagia andai anak-anak mereka menjadi anak-anak yang sangat baik dimata mereka serta dimata masyarakat.Ibu bapa mana yang ingin melihat anak mereka jadi sampah masyarakat?Tetapi,pernahkah kita terfikir,disebalik akhlak seseorang yang baik,berapa ramai yang taat perintah Allah?Contoh termudah adalah,memakai HIJAB atau bahasa mudahnya bertudung dengan sempurna.Apakah kaum hawa zaman sekarang,mentaati perintah Allah yang sangat mudah ini?

Selama ini,kita sering mendengar,golongan yang paling banyak menghuni neraka adalah wanita.Tetapi,mengapa kaum hawa masih lagi tidak sedar akan perkara ini?Pakaian,tudung,ibadah,akhlak dan sebagainya masih lagi tidak dijaga dengan SEMPURNA.Saya ulangi,dengan SEMPURNA.Andai sekalipun ibu bapa tidak kisah dan redha dengan apa yang anda pakai,akan tetapi,apakah Allah redha akan apa yang anda pakai?

Bukan bermaksud kaum lelaki lebih mudah mendapat status anak soleh.Cumanya,Dugaan seorang wanita islam lebih berat berbanding seorang lelaki islam untuk mencapai tahap anak yang soleh.Disebabkan itulah,martabat wanita dalam islam diangkat tinggi.Kerana cabaran mereka untuk menjadi seorang wanita soleh sungguh berat.Andai mereka berjaya menangani cabaran ini,mereka akan digelar muslimah sejati.

Akhir sekali,untuk menjadi anak yang soleh,kita perlulah mendapatkan keredhaan Allah begitu juga keredhaan ibu bapa.INGAT!Unutk mendapatkan keredhaan Allah,seseorang itu perlulah mentaati perintah Allah,bukannya memberi alasan dengan mengatakan "BELUM SAMPAI SERU".Takkanlah kita tidak sayang ibu bapa kita kot?Andai ibu bapa kita meninggal dunia,doa daripada kitalah yang boleh membantu mereka di sana kelak.Dengan syarat,kita tergolong dikalangan orang-orang yang soleh mahupun solehah.

Tamat sudah ketiga-tiga bahagian bagi artikel ini,saya berharap,para pembaca semua mendapat manfaat berdasarkan artikel yang saya kongsikan ini.Segala yang baik itu,datangnya dari Allah manakala segala kekhilafan sepanjang menulis artikel ini,adalah dari saya yang dhoif ini.Hakikatnya,segala-galanya datang daripada Allah.

ASSALAMUALAIKUM.........SELAMAT BERAMAL...........

<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 1 >>
<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 2 >>

Tuesday, 4 June 2013

Sedekah,ilmu dan doa - Bahagian 2


عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

~ILMU YANG BERMANFAAT~

Assalamualaikum,pada hari ini,saya ingin berkongsi amalan kedua yang tidak akan putus setelah ajal menjemput kita iaitu ilmu yang bermanfaat.Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu sebenarnya?Adakah penebar roti canai seorang yang berilmu?Adakah seorang perompak itu seorang yang berilmu?Ataupun seorang kanak-kanak kecil itu seorang yang berilmu?

Bila disebut tentang ilmu,manusia akan berfikir bahawa ilmu itu dapat diperolehi dengan pergi ke sekolah ataupun mendengar ceramah-ceramah agama di masjid.Akan tetapi,ilmu yang sebenar adalah segala perkara baru yang kita tahu dalam kehidupan seharian.

Apabila suatu ilmu itu kita telah pelajari,sama ada ianya bermanfaat ataupun tidak,ianya akan memberi kesan kepada sesiapa yang telah mengajar kita ilmu tersebut.Sebagai contoh,apabila kita belajar menebar roti canai,kemudian,kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita,penebar roti canai tersebut akan perolehi pahala kerana telah mengajar ilmu yang bermanfaat kepada kita.Pahala yang diperolehi pula akan jadi berterusan jika kita pula mengajar orang lain cara menebar roti canai.Tanpa kita sedari,kita juga peroleh pahala atas perbuatan kita.

Tetapi,andai kita pelajari ilmu rompakan,bagaimana pula kesannya kepada mereka yang mengajar kita?Adakah pahala menjadi milik mereka atau dosa menyelubungi hidup mereka?Bagaimana pula jika kita mengajar orang lain ilmu rompakan tersebut?Dan mereka yang belajar daripada kita mengajar orang lain pula?Tidak ke dosa berterusan kita dapat?Adakah kita ingin hidup kita diselubungi dosa berpanjangan?Oleh itu,andai kita telah tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya,kembalilah ke landasan yang sebenar agar kelak kita tidak menganiaya orang lain termasuklah diri kita sendiri.

Jadi,adakah anda faham konsep ilmu?Cara mudah untuk sebarkan ilmu adalah menjadi seorang guru.Akan tetapi,adakah perlu jadi seorang guru disekolah sahaja?Sama sekali tidak!Kerana menjadi seorang guru itu adalah tugas bagi semua umat manusia.Ibu dan ayah,guru kepada anak-anaknya.Seorang sahabat,guru kepada sahabatnya yang lain.Seorang kanak-kanak,guru kepada orang yang lebih dewasa dan sebagainya.

Selain itu,andai anda rasakan artikel pada hari ini,artikel yang bermanfaat buat anda semua,kongsikanlah pada rakan-rakan anda.Sama ada melalui FACEBOOK ataupun sebagainya.Semoga kita semua mendapat manfaat serta pahala atas apa yang kita lakukan.

Pepatah arab ada mengatakan yang bermaksud :

ILMU TANPA AMAL,
IBARAT POHON TIDAK BERBUAH

Oleh itu,selagi anda mampu sebarkan ilmu,sebarkanlah.Sama ada ilmu itu bermanfaat mahupun tidak,keputuasn untuk menyebarkannya terletak pada diri anda sendiri.Andalah yang menentukan siapa diri anda pada masa masa akan datang.Andai,pahala berterusan yang anda cari,sebarlah ilmu yang bermanfaat agar kelak,setelah anda meninggal dunia,pahala yang berterusan menjadi milik anda.

Saya berharap,artikel ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.Salah dan silap,saya pohon andai wujudnya kekurangan dari apa yang saya kongsikan kepada pembaca semua.Semoga Allah berkati kehidupan kita.InsyaAllah.

ASSALAMUALAIKUM............. :-)

<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 1 >>
<< SEDEKAH,ILMU DAN DOA - BAHAGIAN 3 >>

Wednesday, 29 May 2013

Kisah Asiah,Cerita Firaun - Bahagian 2



~CERITA FIRAUN~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh buat semua pembaca-pembaca setia mahupun pembaca-pembaca baru blog TINTA ILMIAH.Hari ini,saya ingin berkongsi cerita berkaitan Firaun kepada anda semua.Siapa FIRAUN?Takkan anda semua masih belum kenal insan bergelar Firaun?Dia lah manusia yang menggelar dirinya tuhan pada zaman Nabi Musa Alaihissalam.

"Firaun merupakan suami kepada Asiah.Beliau merupakan peemerintah agung Mesir suatu ketika dahulu.Gara-gara mimpi yang pernah di alaminya,Firaun telah mengarahkan bala tenteranya membunuh setiap bayi yang baru lahir dikalangan bani Israel.Dia taksub dengan tafsiran mimpi yang telah dibuat oleh ahli nujumnya iaitu kerajaannya akan dikuasai lelaki dari kalangan bani Israel.

Sejauh mana kebenaran mimpi Firaun itu?Adakah ketakutannya itu suatu realiti?Ye,itulah kekuasaan Allah.Dari sebelum lahirnya Nabi Musa lagi,Allah telah memberi petunjuk kepada Firaun melalui mimpinya.Sesungguhnya,Allah itu maha besar lagi maha mengetahui.Setiap yang Allah lakukan,mempunyai maksud tersirat mahupun tersirat disebaliknya.

Siapa Firaun sebenarnya?Bagaimana dia menjadi pemerintah agung Mesir suatu ketika dahulu?Mengikut sumber pembacaan saya,Nama sebenar Firaun merupakan Walid Bin Musab.Gelaran Firaun diberi kepadanya kerana dia selalu lari daripada membayar cukai apabila peminta pajak memintanya berbuat demikian.`FIR AUN` bermaksud "Lebih hebat dari seterunya".Beliau telah mengahwini Asiah yang merupakan anak pemerintah Mesir pada ketika itu.

Di pendekkan cerita,sewaktu Firaun mengejar Nabi Musa serta pengikutnya,Dengan izin Allah yang maha kuasa,laut merah terbelah membentuk sebuah jalan.Setelah keseluruhan pengikutnya menyeberangi laut tersebut,lalu dengan izin Allah juga lah laut tersebut bercantum kembali.Ketika itu juga lah,Firaun serta bala tenteranya yang sedang melalui belahan laut Merah mati lemas setelah tercantumnya kembali belahan tersebut.

Adakah anda bersedia mendengar cerita selanjutnya?

Sewaktu nyawa Firaun di hujung tanduk,beliau telah mengucapkan keimanannya serta mengakui keesaan Allah.Tika itu,Malaikat Jibril menyaksikan peristiwa tersebut.Mengikut sumber,ketika Jibril menyaksikan peristiwa itu,dia berkata bahawa andai dia mempunya kuasa,dia ingin menutup pendengaran Allah yang maha kuasa kerana dia takut,Allah beri taubat kepada Firaun.Tetapi,adakah Taubat Firaun diterima Allah?Tidak sama sekali."

Betapa besarnya kekuasaan Allah.Dia lah yang maha mengetahui segala sesuatu,maha berkuasa ke atas sekalian alam serta seisinya.TAUBAT FIRAUN TETAP TIDAK DI TERIMA.adakah anda semua tahu mengapa?Benar,pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja.Tetapi,apakah semua taubat diterima Allah?Mari kita selami maksud TAUBAT dalam Islam:

"MENYESALI SEGALA PERBUATAN DOSA DAN MAKSIAT,SERTA BERUSAHA DAN BERAZAM UNTUK MENINGGALKAN PERBUATAN TERSEBUT"

Sekarang,adakah anda tahu apakah itu taubat?Kita sering menggunakan masa muda kita dengan pelbagai urusan duniawi yang jauh dari ukhrawi.Ada sesetengah orang berpendapat,taubat itu biarlah dilakukan di usia tua mereka,akan tetapi,adakah mereka yakin mereka dapat hidup sehingga usia mencecah ke alam tua?Ada sesetengah orang pula berfikir,belum sampai seru untuk mereka berubah.atau jawapan sebenarnya ialah mereka BELUM TERBUKA HATI LAGI UNTUK BERUBAH.

Ajal maut,jodoh pertemuan semuanya adalah dibawah kekuasaan serta pengetahuan Allah S.W.T.Sebagai contoh,si pakwe sibuk ke hulu dan ke hilir berpegangan tangan dengan si makwe,berpelukan serta cium di khalayak ramai di dalam pusat beli belah.Sewaktu perjalanan pulang,mereka mengalami kemalangan teruk mengakibatkan si makwe mati dalam kemalangan tersebut,si pakwe pula dikejarkan ke hospital di temani ayahnya.Sewaktu dalam ambulans,si anak meminta maaf kepada ayahnya dengan suara tersekat-sekat kerana berada dalam keadaan nazak.Lalu si ayah mengajarnya mengucap kalimah Allah serta memintanya pohon keampunan daripada Allah.

Adakah taubatnya diterima Allah?tiada siapa yang tahu kerana ianya urusan Allah S.W.T.. Apa yang boleh saya katakan,andai taubat itu dibuat kerana takut kepada kematian,bukan kerana penyesalan,berkemungkinan besar taubat itu tidak diterima Allah.Si pakwe dalam cerita di atas masih sempat mengucap kata taubat.Si makwe macam mana pula?meninggal tanpa sempat bertaubat.adakah kita ingin mengalami seperti peristiwa di atas?meninggal secara mengejut tanpa sempat bertaubat?

Begitulah satu lagi kisah yang penuh pengajaran.Saya berharap agar para pembaca mendapat manfaat daripada kedua-dua kisah yang saya tulis.untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan Nabi Musa serta Firaun,anda boleh layari link di bawah :


Bagi mereka yang belum membaca bahagian pertama artikel ini,anda boleh klik link di bawah ini :


Sekian sahaja dari saya buat anda semua hari ini..ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, 28 May 2013

Kisah Asiah,Cerita Firaun - Bahagian 1



Assalamualaikum,salam ukhuwah buat pembaca-pembaca sekalian.Terlebih dahulu,kemaafan dipinta kerana telah agak lama tidak menulis artikel-aritkel terbaru di blog TINTA ILMIAH.Pada hari ini,saya agak terpanggil untuk berkongsi sebuah cerita yang penuh pengajaran buat kita semua.Sebenarnya,saya mengambil peluang untuk berkongsi KISAH ASIAH,CERITA FIRAUN ini setelah terdengar di saluran RADIO IKIM.fm akan kisah mereka ini.Saya terlupa siapakah ustadzah yang telah berkongsi cerita ini di konti IKIM.fm.


~KISAH ASIAH~

"Asiah,itulah nama seorang isteri kepada pemimpin yang bergelar firaun suatu ketika dahulu.Siapa yang tidak mengenalinya.Beliau telah mengasuh nabi kita yang mulia iaitu Nabi Musa Alaihissalam.Pada zaman kehidupannya,suaminya iaitu Firaun telah bermimpi bahawa mesir terbakar dan penduduknya mati dalam sekelip mata.Apa yang tinggal adalah penduduk dikalangan bani israel.Kerana termakan dek tafisran ahli nujum negaranya bahawa negaranya akan diperintah oleh seorang lelaki dikalangan bani israel,lantas di arahnya bala tentera serta askarnya membunuh setiap bayi lelaki yang lahir di kalangan bani israel.

Kelahiran Nabi Musa telah berjaya dirahsiakan oleh ibunya iaitu Yukabad.Yukabad menjaga Nabi Musa selama tiga bulan sebelum menghanyutkannya ke Sungai Nil kerana merasa bimbang akan keselamatannya.Tatkala Asiah sedang mandi di Sungai Nil,beliau telah menjumpai Nabi Musa dalam keadaan bayi itu lantas dibawanya ke istana.Tatkala berada di istana,Firaun dengan pantasnya menghunuskan pedang ke arah bayi yang di bawa Asiah untuk membunuhnya.lalu Asiah berkata,

"JANGAN DIBUNUH ANAK INI KERANA AKU MENYAYANGINYA,LEBIH BAIK KITA MENJADIKANNYA SEPERTI ANAK SENDIRI KERANA AKU TIDAK MEMPUNYAI ANAK"

Bermulalah kisah Asiah bersama Nabi Musa.Begitu juga kisah Yukabad mengasuh Nabi Musa semula setelah Asiah mencari pengasuh untuknya.Macam-macam yang mereka lalui sehinggalah Nabi Musa menjadi Nabi serta Rasul bagi kaum Bani Israel ketika itu."

Bukan kisah Nabi Musa menjadi pilihan saya untuk kongsikan pada artikel kali ini.Akan tetapi kisah Asiah.Sebagaimana yang kita tahu,Asiah telah beriman dengan ajaran tauhid yang telah dibawa oleh Nabi Musa.Walaupun hakikatnya,dia tahu,suaminya cukup membenci agama yang dibawa oleh Nabi Musa Alaihissalam.

Pada zaman sekarang,apabila disebut soal hukum bagi seorang isteri yang ingin berubah walaupun mereka tahu,suami mereka telah jauh dari landasan agama islam sebenar,mereka akan berfikir beribu kali untuk buat keputusan.Ini adalah kerana,mereka sungguh takut pada suami mereka.Berkemungkinan besar,suami mereka adalah pemabuk,kaki pukul,kaki perempuan dan sebagainya.Oleh itu,untuk mereka buat keputusan yang sewajarnya,mereka ibarat dihimpit suatu perasaan takut untuk melakukan perubahan tersebut.

Oleh itu,pelbagai alasan yang mereka kemukakan,pelbagai alasan yang mereka utarakan untuk mengelak perubahan yang sepatutnya mereka buat.Sebagai contoh,Apabila pasangan suami isteri merupakan pasangan yang sangat sosial serta tidak menjaga batas pergaulan,tatkala terdetik di hati si isteri ingin berubah.adakah dia akan berubah?Semestinya,dia akan kekalkan gaya hidup seperti suaminya kerana dia akan takut dihina mahupun dikeji oleh si suami.Dia juga akan takut ditinggalkan oleh si suami kerana dia begitu menyayangi suaminya.

Tetapi,pernah tidak kita fikirkan kisah hidup Asiah yang beriman?Siapakan suaminya?Manusia yang telah menggelar dirinya tuhan bagi manusia pada zaman itu.Akan tetapi,Asiah tetap beriman serta mengamalkan ajaran islam.Andai sahaja Asiah seperti akak-akak serta mak cik-mak cik yang telah berkahwin serta ingin berubah tapi sering meluahkan pelbagai jenis alasan yang menjadi penghalang untuk berubah,WOW!mesti senang hidupnya!sebab Asiah tidak perlu beriman sepenuhnya!Kerana suaminya lebih dahsyat kerana mengaku dirinya sebagai TUHAN!

Tetapi,kerana Asiah yakin dan percaya dengan Islam,kerana padanya,tiada alasan yang boleh menghalangya daripada berubah!Kenapa para isteri di luar sana tidak boleh mencontohinya?Letakkanlah diri anda di tempat Asiah,maka anda akan tahu,kesusahan yang dialaminya bebanding anda semua.Oleh itu,Contohilah insan bergelar Asiah yang memegang jawatan sebagai isteri Firaun ini.Selamilah kisah hidupnya sepanjang dia  memeluk islam agar menjadi iktibar bagi mereka yang sering memberi alasan untuk berubah.

Kisah Asiah tamat di sini sahaja.Untuk mengetahui lebih lanjut jangan lupa buatlah carian di laman web Google.com untuk mengetahui kisah-kisah lain mengenainya.Jangan lupa baca bahagian kedua KISAH ASIAH,CERITA FIRAUN untuk artikel yang akan datang.Semoga Artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca...

Thursday, 16 May 2013

Siti Hidayah



   Siew Mei merapati komputer ribanya.Tatkala itu,mindanya kosong dari sebarang idea untuk menulis aritikel di blog nya.Matanya melilau-lilau di sekitar Facebook bagi mendapatkan topik yang sesuai untuk dikongsikan kepada pembacanya.

   "Apa yang perlu aku tulis ni?"getus hati kecil Siew Mei memikirkannya.Setelah hampir 10 minit dia menatap komputer ribanya tanpa sebarang idea yang datang,dia membuat keputusan untuk membeli-belah di Plaza Angsana.Tujuannya hanya satu,ingin mencari idea baru bagi artikel yang bakal ditulisnya.Plaza Angsana tidaklah jauh dari kawasan tempat tinggalnya.Perjalanan yang hanya perlu di ambil oleh Siew Mei ke sana ialah 15 minit sahaja.

   Hampir setengah jam melilau-lilau di dalam Plaza Angsana berseorangan,tiba-tiba Siew Mei terdengar satu alunan muzik yang sungguh asing bagi dirinya.Ketika itu,kedamaian menyelubungi kalbunya.Mindanya seolah-olah baru tersedar dari tidur yang lena.Dia tercari-cari,dari manakah suara itu hadir,tetapi hampa.Apa yang dia temui hanyalah sebuah kedai yang memasang kaset bacaan surah-surah lazim di dalam Al-quran.

   Setelah itu,dia berlalu pergi meninggalkan kedai tersebut.Setibanya di rumah,dia mendapati jiwanya seperti kekosongan,Kekosongan yang selama ini tidak pernah dirasainya.Dia bagaikan merindui alunan bacaan Al-quran sebentar tadi.

   Ke esokan harinya,Siew Mei pergi pergi ke kedai yang telah dia kunjungi secara tidak sengaja semalam.Dia mendapati peniaga tersebut telah meletakkan notis bahawa tidak akan membuka kedai selama seminggu.Dia berasa hampa malah merasa sedih kerana terpaksa menunggu masa seminggu lagi untuk berjumpa pemilik kedai tersebut.

   Setelah beberapa hari berlalu,jiwa Siew Mei terasa amat tidak tenteram.Perasaannya kini bagai diselubungi misteri yang tidak dapat dirungkai dek akal dan mindanya.Dia merindui alunan bacaan Al-quran tersebut.Bukan kerana kemerduan suara jejaka yang berada di dalam sebuah kaset,tetapi,kerana sebutan yang sungguh sempurna pada pendengan Siew Mei.

   Siew Mei terus menggapai kunci kereta Viva nya lalu menyusuri kawasan-kawasan kedai sekitar Tampoi.Misinya hanya satu,mencari seta membeli kaset bacaan Al-quran tersebut.Setelah hampir 40 minit  berlalu,akhirnya Siew Mei berjaya menjumpai kedai yang dicarinya.

   "Akak,berapa harga kaset ni?"tanya Siew Mei dengan nada yang lembut."Eh?ni Siew Mei kan?"tanya pekerja kedai tersebut."Ni aku lah Hanna.Takkan kau dah lupa kat aku kot?"sambung pekerja di kedai tersebut lagi."Hanna?err..Hanna mana ek?"Puas Siew Mei memikirkan nama tersebut,akhirnya dia mengalah."Ala,Hanna,Nurhannan.kita kan pernah belajar bersama-sama masa sekolah menengah dahulu.Dulu aku agak kasar,sekarang aku sudah jadi gadis yang ayu."Kata-kata Hannan di akhiri dengan gelak tawa yang mengilai-ngilai.Hannan cepat-cepat tutup mulutnya kerana malu atas perbuatannya itu.

   "Oh!Kau rupenya Hanna.Baru aku perasan,lama tak jumpa,apa khabar?"tanya Siew Mei dalam nada yang gembira,Siew Mei dan Hanna tidaklah mempunyai ikatan persahabatan yang rapat ketika di sekolah dahulu.Hanna merupakan pelajar tingkatan 5 manakala Siew Mei pula merupakan pelajar tingkatan 4 ketika itu.

   "Alhamdulillah,aku sihat walafiat.Kau datang sini nak beli kaset alunan bacaan ayat suci Al-quran ke?Kau dah masuk islam ke?Atau kau sedang mendekati pemuda islam untuk dijadikan calon suami?"Hannan mengeluarkan soalan bertali arus tanpa henti dengan nada yang sedikit teruja.

   "Entahla Hanna,aku sendiri tidak tahu.Sejak kali pertama terdengar alunan ayat suci ni waktu aku jalan-jalan dekat Plaza Angsana tempoh hari,Aku jatuh hati pada alunan ayat-ayat suci Al-quran.terdetik di hati aku untuk mencari serta membeli kaset tersebut.Tetapi pabila aku pergi ke tempat yang sama,tertulis notis di pintu kedai tersebut tutup untuk seminggu."Siew Mei mengeluh halus.

   "Siew Mei,adakah kau berminat mendalami islam?Andai betul tekaan aku,esok aku datang ke rumah kau untuk membantu kau mendalami islam dengan lebih mendalam."Ucap Hanna dalam keadaan tersenyum.

   Setelah beberapa bulan berlalu,berkat kesungguhan Siew Mei mendalami islam,akhirnya Siew Mei melafazkan syahadahnya di hadapan Pegawai Agama Islam Daerah Johor Bahru.Dengan sekali lafaz,Siew Mei kini bergelar seorang muslimah.Penampilannya telah berubah 360 darjah semenjak dia mendalami islam melalui Hanna.

   Hanna telah banyak membantunya.Bukan setakat mengajarnya di rumah,malah membawa Siew Mei mengikuti kelas-kelas agama sekitar Johor Bahru.Kini Siew Mei telah dikenali sebagai Siti Hidayah binti Abdullah.Nama yang dipilah sendiri olehnya kerana padanya,nama tersebut cukup indah.Siew Mei juga telah menceburkan diri dalam bidang penulisan islam.Kerana minatnya pada penulisan,dia sekarang ingin menjadi seorang penulis yang hasil tulisannya dihiasi cerita-cerita ketuhanan malahan puisi-puisi kecintaan kepada Allah dan Rasulnya.

   "Alhamdulillah."Ucap Siti Hidayah.Tanpa dia sedari,air mata kebahagiaan terbit mengalir ke pipinya.Dia bersyukur kerana telah diberikan petunjuk serta hidayah oleh Allah serta bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Hannan.

~TAMAT~

CORETAN : TINTA ILMIAH

Quotes :

BILA KAMU MERENUNG KE BULAN,
KAMU DAPATI CAHAYANYA DAPAT MENERANGI  KEGELAPAN MALAM.
RENUNGILAH JUGA HATIMU,
PERCAYALAH,IMAN DAPAT MENERANGI KEGELAPAN JIWAMU...