Siew Mei merapati komputer ribanya.Tatkala itu,mindanya kosong dari sebarang idea untuk menulis aritikel di blog nya.Matanya melilau-lilau di sekitar Facebook bagi mendapatkan topik yang sesuai untuk dikongsikan kepada pembacanya.
"Apa yang perlu aku tulis ni?"getus hati kecil Siew Mei memikirkannya.Setelah hampir 10 minit dia menatap komputer ribanya tanpa sebarang idea yang datang,dia membuat keputusan untuk membeli-belah di Plaza Angsana.Tujuannya hanya satu,ingin mencari idea baru bagi artikel yang bakal ditulisnya.Plaza Angsana tidaklah jauh dari kawasan tempat tinggalnya.Perjalanan yang hanya perlu di ambil oleh Siew Mei ke sana ialah 15 minit sahaja.
Hampir setengah jam melilau-lilau di dalam Plaza Angsana berseorangan,tiba-tiba Siew Mei terdengar satu alunan muzik yang sungguh asing bagi dirinya.Ketika itu,kedamaian menyelubungi kalbunya.Mindanya seolah-olah baru tersedar dari tidur yang lena.Dia tercari-cari,dari manakah suara itu hadir,tetapi hampa.Apa yang dia temui hanyalah sebuah kedai yang memasang kaset bacaan surah-surah lazim di dalam Al-quran.
Setelah itu,dia berlalu pergi meninggalkan kedai tersebut.Setibanya di rumah,dia mendapati jiwanya seperti kekosongan,Kekosongan yang selama ini tidak pernah dirasainya.Dia bagaikan merindui alunan bacaan Al-quran sebentar tadi.
Ke esokan harinya,Siew Mei pergi pergi ke kedai yang telah dia kunjungi secara tidak sengaja semalam.Dia mendapati peniaga tersebut telah meletakkan notis bahawa tidak akan membuka kedai selama seminggu.Dia berasa hampa malah merasa sedih kerana terpaksa menunggu masa seminggu lagi untuk berjumpa pemilik kedai tersebut.
Setelah beberapa hari berlalu,jiwa Siew Mei terasa amat tidak tenteram.Perasaannya kini bagai diselubungi misteri yang tidak dapat dirungkai dek akal dan mindanya.Dia merindui alunan bacaan Al-quran tersebut.Bukan kerana kemerduan suara jejaka yang berada di dalam sebuah kaset,tetapi,kerana sebutan yang sungguh sempurna pada pendengan Siew Mei.
Siew Mei terus menggapai kunci kereta Viva nya lalu menyusuri kawasan-kawasan kedai sekitar Tampoi.Misinya hanya satu,mencari seta membeli kaset bacaan Al-quran tersebut.Setelah hampir 40 minit berlalu,akhirnya Siew Mei berjaya menjumpai kedai yang dicarinya.
"Akak,berapa harga kaset ni?"tanya Siew Mei dengan nada yang lembut."Eh?ni Siew Mei kan?"tanya pekerja kedai tersebut."Ni aku lah Hanna.Takkan kau dah lupa kat aku kot?"sambung pekerja di kedai tersebut lagi."Hanna?err..Hanna mana ek?"Puas Siew Mei memikirkan nama tersebut,akhirnya dia mengalah."Ala,Hanna,Nurhannan.kita kan pernah belajar bersama-sama masa sekolah menengah dahulu.Dulu aku agak kasar,sekarang aku sudah jadi gadis yang ayu."Kata-kata Hannan di akhiri dengan gelak tawa yang mengilai-ngilai.Hannan cepat-cepat tutup mulutnya kerana malu atas perbuatannya itu.
"Oh!Kau rupenya Hanna.Baru aku perasan,lama tak jumpa,apa khabar?"tanya Siew Mei dalam nada yang gembira,Siew Mei dan Hanna tidaklah mempunyai ikatan persahabatan yang rapat ketika di sekolah dahulu.Hanna merupakan pelajar tingkatan 5 manakala Siew Mei pula merupakan pelajar tingkatan 4 ketika itu.
"Alhamdulillah,aku sihat walafiat.Kau datang sini nak beli kaset alunan bacaan ayat suci Al-quran ke?Kau dah masuk islam ke?Atau kau sedang mendekati pemuda islam untuk dijadikan calon suami?"Hannan mengeluarkan soalan bertali arus tanpa henti dengan nada yang sedikit teruja.
"Entahla Hanna,aku sendiri tidak tahu.Sejak kali pertama terdengar alunan ayat suci ni waktu aku jalan-jalan dekat Plaza Angsana tempoh hari,Aku jatuh hati pada alunan ayat-ayat suci Al-quran.terdetik di hati aku untuk mencari serta membeli kaset tersebut.Tetapi pabila aku pergi ke tempat yang sama,tertulis notis di pintu kedai tersebut tutup untuk seminggu."Siew Mei mengeluh halus.
"Siew Mei,adakah kau berminat mendalami islam?Andai betul tekaan aku,esok aku datang ke rumah kau untuk membantu kau mendalami islam dengan lebih mendalam."Ucap Hanna dalam keadaan tersenyum.
Setelah beberapa bulan berlalu,berkat kesungguhan Siew Mei mendalami islam,akhirnya Siew Mei melafazkan syahadahnya di hadapan Pegawai Agama Islam Daerah Johor Bahru.Dengan sekali lafaz,Siew Mei kini bergelar seorang muslimah.Penampilannya telah berubah 360 darjah semenjak dia mendalami islam melalui Hanna.
Hanna telah banyak membantunya.Bukan setakat mengajarnya di rumah,malah membawa Siew Mei mengikuti kelas-kelas agama sekitar Johor Bahru.Kini Siew Mei telah dikenali sebagai Siti Hidayah binti Abdullah.Nama yang dipilah sendiri olehnya kerana padanya,nama tersebut cukup indah.Siew Mei juga telah menceburkan diri dalam bidang penulisan islam.Kerana minatnya pada penulisan,dia sekarang ingin menjadi seorang penulis yang hasil tulisannya dihiasi cerita-cerita ketuhanan malahan puisi-puisi kecintaan kepada Allah dan Rasulnya.
"Alhamdulillah."Ucap Siti Hidayah.Tanpa dia sedari,air mata kebahagiaan terbit mengalir ke pipinya.Dia bersyukur kerana telah diberikan petunjuk serta hidayah oleh Allah serta bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Hannan.
~TAMAT~
CORETAN : TINTA ILMIAH
Quotes :
BILA KAMU MERENUNG KE BULAN,
KAMU DAPATI CAHAYANYA DAPAT MENERANGI KEGELAPAN MALAM.
RENUNGILAH JUGA HATIMU,
PERCAYALAH,IMAN DAPAT MENERANGI KEGELAPAN JIWAMU...
No comments:
Post a Comment